Assalamualaikum.... jam tepat menunjukkan 1:26 am waktu tempatan.... aku baru nak mula menulis..
Tajuk entry kali nie pasal family.. nie bukan nak buat karangan sekolah rendah bertajuk 'Ini Keluarga Saya' tapi nak berkongsi tentang family.... it's not my family... its my friend's family...
Mereka nie satu keluarga yang boleh dianggap bahagia bagi pandangan mata kasar orang luar tapi tidak pada ahli keluarga itu sendiri. Mereka hidup dengan perasaan benci... benci kepada keluarga masing-masing sehingga mereka tidak sedar yang mereka telah melukakan hati mereka sendiri termasuk anak-anak mereka..
A ada adik perempuan (si C). Lepas si C tamat SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.. Si C selalu mintak pertolongan keluarga nie sebab hanya mereka yang tinggal area selangor. Adik beradik A yang lain semua merantau jauh di negeri lain. C ada boyfriend. Dia bawa bf dia ke rumah... Adab tak dijaga,,, selamba bawak bf nya masuk kedalam bilik anak perempuan A. Walaupun pintu dan lampu di buka tapi still tak manis sebab lelaki dan perempuan berdua-duaan dalam bilik. Si B tiada dirumah masa tu. Si A terpaksa mengarahkan mereka berdua keluar dan bersembang di ruang tamu.
Pada suatu hari, Si C kena rasuk. Bf C bawanya pergi ke rumah A. Dia berubat di rumah A. Lepas satu satu masalah yang C bawak. Mintak duitnya lain. Orang lain pun masuk uni tapi tak la seperti dia yang boros dan berlagak seperti orang senang. Orang nak ini dia pun nak ini. Orang nak itu dia pun nak itu. B hanya bagi kepada A setiap bulan RM 500... cukup2 untuk perbelanjaan bulanan. selalu mintak duit. Bukan untuk kegunaan dia tapi gemar mereka cerita yang bukan-bukan. Kononnya si C nie boleh nampak benda-benda yang kita tak nampak, berkawan dengan orang bunian lah, kawannya mati hidup semula lah dan macam-macam lagi... yang herannya A nie percaya pulak cerita2 mengarut C nie. Belakang C cakap lain.. kata mengarutlah apa lah depan C percaya bulat2 apa yang C ckp.
C jugak pernah buat fitnah yang kononnya B main kayu tiga. A terus percaya dan mengambil keputusan melarikan diri sebab terlampau sedih. Time tuu sekolah masih lagi on. Bukan cuti. So A tak berani nak berhentikan sekolah anak-anak dia. Tapi tidak pada C, dia berani nak berhentikan sekolah anak2 A dengan mengaku dirinya sebagai ibu kepada budak2 tu.... ok now masalah budak-budak settle. Anak2 A ikut A balik kampung bersama dengan C semasa B pergi kerja.
Bila B pulang ke rumah. isterinya dan anak2 tiada di rumah... Panic dan terus call polis. Tapi polis cakap A dah buat laporan polis. A buat laporan kononnya dia nak berehat di kampung sebab stress duduk rumah. Habis nama B buruk kat kampung, A dan B satu kampung. Sebulan jugak la A duduk kat kampung sebelum termakan pujukan B untuk pulang kerumah semula. Ingatkan dah berakhir tapi tidak sama sekali, B buat keputusan untuk tidak pulang ke kampung terus sampai bila-bila sampai dia mati sekalipun. B tak peduli langsung ibu bapa A kat kampung yang dah semakin tua. A rindukan mak bapaknya di kampung tapi disebabkan dendam masing2 tak boleh pulang ke kampung, Bila raya anak-anak hanya mampu tengok family orang lain pulang ke kampung dengan perasaan gembira. Kini, kwn sy ckp hampir 10 tahun dia tidak pulang ke kampung dan ini bermakna dah 10 tahun A tak jumpa dengan ibu bapanya... Apa lah perasaan A?? B langsung tak ambil peduli,, B hanya pentingkan diri sendiri. hanya sebab dia benci C dia halang A berjumpa dengan ibu bapanya.
Anak-anak A dan B pula seperti lembu dicucuk hidung. Nak melawan tuu bapak sendiri. Tapi rakan saya nie dah takda hati nak kawen, Dia takut bila dia kawen nnt, dia tak boleh berjumpa dengan family dia sendiri seperti yang terjadi kepada ibunya. Sampai bila masalah ini akan selesai??? tak tau lahhh ....
Pengajaran: Nak cari laki, tengok akhlak dia dulu.. kalau dh sebelum kawin kedekut, x hormat orang tua, keras kepala.... baiklah direject awal2 sebelum merana seperti A
Wassalam, Nurul Fatin
No comments:
Post a Comment